Pages

Showing posts with label Clinical: Psychiatry. Show all posts
Showing posts with label Clinical: Psychiatry. Show all posts

Monday, November 15, 2010

A Warm Welcome

Alhamdulillah~ akhirnya saya memasuki final posting. Psychiatry posting.

Seawal jam 8pagi, saya berjumpa HOD; Dr Ramli Musa. Setelah berbual-bual dengan beliau, akhirnya beliau memutuskan kami hanya perlu mengikuti posting ini untuk minggu ini sahaja. Bermakna, saya akan dapat 2minggu revision week!!yuuuhuuu~ terima kasih Dr Ramli.

Berkenaan psychiatry, beliau hanya suruh saya menekankan aspek teori. Tiada kes klinikal yang akan keluar untuk peperiksaan kedua saya ini.

Dr Ramli pada awalnya,bertanya serba-sedikit apa yang terjadi ketika long kes saya yang dahulu. Seperti biasa, saya tidak dapat menjawab soalan beliau. Yang saya katakan adalah kemungkinan saya tidak cukup bagus untuk mempertahankan point yang saya jual dan di situ tidak kelihatan cukup konfiden. Dan saya juga menyatakan mungkin saya banyak juga jatuh ke dalam perangkap examiner saya. Apabila sudah terjerut, nah~ inilah akibatnya. Haha. Saya memberitahu Dr Ramli yang saya tidak menyalahkan examiner saya & saya ambil 6bulan ini untuk mengasah skill komunikasi dengan examiner.

Tapi, Dr Ramli mengakui pakar paeds di UKM sesungguhnya memang strict & tidak memberi muka. Huuu~ Beliau juga membuka rahsia bahawa sebenarnye pada hari exam yang lalu ramai yang fail untuk long kes paeds. Beliau membuka rahsia bahawa doktor yang sangat kite kagumi (Doktor penulis buku protokol kita) sebenarnya sangat strict dalam memberi markah. Dalam 3 pelajar yang present kes paeds padanya, hanya seorang sahaja yang lulus.Huu~

Kemudian, Beliau menyatakan beliau gembira melihat saya mengambil semua ini dengan positif. Saya hanya tersenyum. Dan malam ini saya terfikir, doktor dah wat mental state assessment pada saya dalam diam-diam kah.Muahahaha~ Apa-apa pun, saya gembira bile orang gembira melihat saya. Bile mereka gembira, pastinya mereka akan doakan kita kan. Sesungguhnya, Dr Ramli sangat mengalukan kami di psychiatri posting minggu ini =D

Kemudian, saya menyertai klinik Dr KArtini. Seperti biasa, hanya saya dan junior. Banyak yang dapat dibincangkan. Pada akhir sesi, saya bertanyakan soalan yang saya keliru semasa saya membuat soalan MCQ semalam. Terasa ringan kepala apabila apa yang dipelajari makin difahami. yeayyy~ Thank U Allah~

Kemudian, selepas kelas saya memaklumkan kepada Dr Kartini bahawa kami akan di posting ini seminggu sahaja. Kemudian, beliau bertanyakan tentang pelajaran saya setakat ini. Rupa-rupanya banyak yang Dr Kartini tahu tentang kami berdua. Memang gembira berbual-bual dengan beliau, terasa beliau sangat memahami saya. Tak semena-mena, beliau memahami saya yang selalu kena handle my colleague. Terus terasa ringan di dada. Thank you, Dr Kartini.

Petang tadi, join kelas anxiety disorder with Dr Hajee. Tringat masa Nazu present. Hehe.Oh ye, Nazu juga sangat tabah selepas ayahnya meninggal. Alfatihah untuk arwah~

Indeed today is my happy day. Betullah kata Mr Kamarul, walau apapun orang buat, jika kita jalankan tanggungjawab kita dengan baik, the news will spread & the truth will reveal by itself.

P/s - Malamnie, nak abiskan stadi psychiatry, balance topik yang tak cover =) Esok nak tanya soalan banyak-banyak kat doktor. Yoshhh~