Pages

Sunday, October 17, 2010

Im Back

Alhamdulillah, laptop sudah pulih sepenuhnya. Rasa seperti menggunakan laptop baru. Laju betul!! haha. Terima kasih to Encik suami & Abah. Encik suami bertungkus lumus membaiki software & abah memasukkan antivirus yang baru. Sekarang semua sudah seperti sediakala.

Sebelum ini banyak sangat nak cerita. Tapi tak berkesempatan nak online update blog, Hanya sempat few minutes untuk cek email & kemas kini apa-apa yang perlu. Masa begitu berharga buat yana sekarang. Petang-petang after kelas, akan memastikan mengulangkaji sekurang-kurangnye satu topik & membuat soalan mcq topik berkenaan.

Tapi terus terang saya katakan minggu lepas quite stressful juga. Mungkin saya pun ada harapan pada diri sendiri. Mungkin tak mahu kecewakan diri sendiri lagi. Jadinya push diri sampai keterlaluan juga. Tak elokkan. Hehe. Alhamdulillah~ weekend baru ni balik ke rumah. Berehat dan mengikuti update keluarga (family di saudi & in law). Jadinya hati menjadi tenang kembali dan dapat berfikir dengan waras bukan mengikut perasaan.

Kadang-kadang kita terlalu mengejar cita-cita sehingga menekan perasaan sendiri. Tapi jika terlalu relaks tidak bagus juga kan. Kesimpulannya, bersederhana, buat yang termampu. Selebihnya doa & serahkan kepada Allah. Buat apa nak stress dan pening-pening kan. Allah selalu membantu hambanya. Tetapi hambanya yang sering terlupa.

Buku Medical Baru
Minggu lepas, saya kehilangan buku IM kesayangan saya. Medicine Prep Manual For Undergraduates by George Matthew. Sangat misteri. Yakin membawa buku itu pulang ke bilik. Tapi keesokan paginya, buku tersebut tidak berada di bilik. Puas mencari di kereta, library dan wad(yakin tidak tinggalkan di wad. Tapi cari sajalah~) Tapi usaha tidak juga berhasil. Akhirnya, nekad tak mahu pening-peningkan kepala, saya membeli buku baru di Kedai Kamal. Jika ada rezeki selepas ini terjumpa buku tersebut. Buku baru ni saya berniat sedekah sahaja pada junior. Tak rugi pun kan.

Seluar Hitam Baru
Saya berpeluang membeli seluar hitam baru semalam. Kebetulan Jaya Jusco ada sale especially pada empunya kad Jusco. Actually kad tersebut kepunyaan mak mertua. Hehe. Seluar lama hitam itu adalah seluar kesayangan saya. Ala-ala bantal busuk budak. Memang seluar fav saya. Pakai basuh, esok@ lusa akan pakai lagi. Haha. Ia sangat selesa, tidak ketat & stretchable. Saya pakai sampai lusuh dan benang dia dah ter-over stretch. Akhirnya, sekarang tidak boleh pakai lagi. Huhu. Kat lutut dia dah ada lubang. Haha. Kesan over stretch dan bukan sebab jatuh.

Rumah Bangi
Semalam berpeluang jenguk rumah bangi. Gembiranya dapat pulang ke bangi walaupun hanya untuk seketika. Cek pos box, kumpulkan bil bulan ni, cek rumah, siram pokok bunga, tengok TV sekejap. Hehe. Ada rezeki nanti nak ajak encik suami bermalam di rumah bangi pula lah. I miss that house. Sebelum pulang saya babai rumah (walaupun ini tak pernah dibuat orang. Haha). Tak tahu bila dapat jenguk rumah lagi.

Oh ye, nenek akan pulang ke KL minggu depan. Tapi katanya mungkin tak ke bangi terus.

Naza Ria
Jika saya ke bangi, mesti dengan niat untuk memanaskan enjin Naza. Sudah sebulan tidak berpeluang memanaskan enjin naza. Tup tup, rupanya bateri sudah sangat weak & tak dapat diselamatkan lagi. Huhu. Rasabersalah pada ayah pula. Saya dan suami ting tong rumah jiran untuk pinjam jumper untuk jump stat naza. Tapi tak berhasil juga. Kami dibantu oleh pakcik jiran. Baik sungguh jiran di sini. Tuela gunanya kenal jiran kan kan.

Saya memaklumkan pada ayah perihal naza. Ayah kata bateri naza sudah sampai waktu untuk ditukar. Sudah setahun lebih digunakan. Tapi encik suami kata, jika maintain bateri itu patut boleh tahan lama. Huhu. Nanti bile-bile free encik suami tolong tukarkan bateri Naza untuk ayah.

Masak
Minggu ini berpeluang masak untuk suami lagi. Rasanya ni baru kali ketiga kot. Selalunya jadi assisstant mak di dapur. Hehe. Mak sangat pandai masak. Suka tolong mak masak. Banyak belajar benda baru. Hari ini pukul 11, Abah & mak keluar menghadiri kenduri kahwin kawan mak. Jadinya tinggal saya, suami & abang ipar di rumah. Jadinya, takkan nak biarkan semua orang kelaparan. Mak pun dah tolong keluarkan ikan & udang yang sudah di garam kunyit. Jadinya saya masak lauk simple untuk kami bertiga. Ikan kembung masam manis, goreng nugget & sayur kailan. Encik Suami bermurah hati tolong masak nasi. Paling best kerja sama-sama kan. Hehe

Ayah, Mak, Maryam & Ahmad
InsyaAllah 1hb Disember, keluarga saya akan balik malaysia. yaahhhoooo~ hehe. Keluarga saya akan berada di Malaysia sehingga 17 Disember. Tapi saya pula akan exam 14 &15 Disember. Jadinya mungkin ayah akan datang ke kuantan pada hujung minggu. Ayah sudah warning sekarang tak boleh balik KL dah. Stadi sahaja di kuantan. Huhu. Baik ayah~

Walau bagaimanapun, Sekeluarga akan berangkat ke Melbourne pada 6/7hb Disember sehingga 12 Disember. Adik saya yang kedua - Izyan sudah tamat pengajiannya. Dia akan konvo pada 9hb Disember ini. Bestnye!!!

Esok
Esok kemungkinan ada CP with Prof Wahab. Tapi dengar-dengarnya macam dia nak bawak seminar dia yang minggu lepas ke pagi esok. Konfius pulak saya. Tapi apa-apapun, saya prepare sahaja satu kes untuk beliau. We just do our part kan =)

Minggu Ini
Masa berlalu dengan sangat pantas. Kadang-kadang terasa sesak di dada mengenangkan masa yang tidak pernah menunggu sesiapa. Minggu ini sesi bersama Dr Zain lagi. Ikut kelas Dr Zain, banyak betul dapat revise. Selepas itu, selalu dapat jawab soalan doktor lain apabila ditanyakan tentang topik berkaitan dengan kelas Dr Zain. Beliau memang ajar perkara yang penting dan wajib diingat.

No comments:

Post a Comment