Pages

Friday, October 22, 2010

Peranan Doa

Harinie hari Jumaat. As usual, petang jumat jika saya tidak pulang ke KL. Pastinya saya akan mengajak rumet pergi ke pasar malam.

Tapi semasa perjalanan pulang, sesuatu hampir terjadi & alhamdulillah Allah selamatkan kami.
Kami satu kereta hampir-hampir mahu dilanggar oleh bas yang laju dibelakang. Mungkin penumpang belakang tidak perasan kerana kereta saya sudah berhenti dengan selesa, & masing-masing tengah berbual tetapi saya melihat perkara ini melalui cermin pandang belakang. Huhu~

Ceritanya begini....
Jika orang kuantan pasti tahu trafik lite simpang empat besar depan Masjid Tengku Ampuan Afzan, dekat dengan pasar malam...

Jalan itu lurus, saya selalu berhati-hati kerana di situ kereta selalunya sangat laju walaupun sudah mahu menghampiri trafik lite.

Setelah masuk ke 'main road' saya mahu masuk ke len kanan untuk ke UIA. Jalan itu ada 2 lorong kan. Bile masuk dari bahu jalan, semestinya berada di len kiri dahulu. Tapi untuk ke UIA, kena berada di len kanan kerana lepas trafik lite kena belok kanan.

Jadinya apabila line clear, saya masuk len kanan & rupanya barisan kereta di len kanan itu sangat panjang dari trafik lite sampai ke depan masjid & dengan segera kena berhenti. Memang mengejutkan jugak. Kereta depan pun berhenti mengejut jugak kerana dia pun laju & tak sangka kereta depannya kena berhenti.

Sebelum menekan brek sempat saya mengerling cermin tuk melihat ada kereta dibelakang atau tak. Alhamdulilah tidak ada. Tapi saya melihat sebuah bas yang jauh di belakang. Tapi kelihatan agak laju. Walaupun pada mulanya bas itu agak jauh, sekelip mata saja dia sudah mahu menghampiri kereta saya.

Apabila bas itu menghampiri kereta saya yang sudah berhenti, ia masih laju & saya sudah risau bas tersebut tidak sempat brek. Bas itu kelihatan cuba memintas masuk ke len kiri kerana ia menekan brek tapi momentumnya yang besar menyebabkan ia masih meluncur kehadapan tetapi dia di hon oleh bas lain yang berada di len kiri & dibawa dlm keadaan laju juga.

Menyedari keadaan bas tersebut yang sudah memusingkan sedikit kepala depannya ke kiri untuk memberi ruang sedikit supaya tidak menghentam saya & ia juga sempat berhenti, saya juga menggerakkan kereta saya ke hadapan & ke kanan sedikit dengan harapan sedikit ruang yang saya bagi itu, cukup-cukup untuk momentum bas itu berhenti.

Dan alhamdulillah ianya berhenti sangat rapat dibelakang kereta saya.

Saya sangat bersyukur kerana tidak terjadi drama di situ petang tadi & Allah telah selamatkan kami. Saya terkenang ini mesti berkat doa emak, ayah di perantauan yang senantiasa mendoakan keselamatan & kejayaan anaknya di mana sahaja berada. Tidak lupe juga kepada Encik suami yang sentiasa mendoakan isterinya dalam lindungan Allah. Juga pastinya doa mak, ayah mentua, adik-adik diperantauan dan sebagainya.

Paling penting, diri sendiri juga perlu sentiasa berdoa & sentiasa mengingati Allah walau dimana sahaja berada kan kan =)

1 comment:

  1. Betul tu Yana. Kalau ikutkan, banyak je benda yang boleh menimpa kita. Tapi kata orang "nasib baik" walhal semua tu kerana Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

    ReplyDelete