Pages

Sunday, July 4, 2010

Jadilah Manusia Luar Biasa

Puisi pemberian seorang sahabat bernama nurliyana nazri (thanx for da card dear )

Semoga dapat diambil pengajaran buat semua :-


Sahabatku,

Kalau menjadi batu
Jgn menjadi batu di tepi jalan
tiada nilainya, tiada harganya
dipijak org, disepak org
Tetapi jadilah batu permata
yg berkilau, yg sinar, dihargai orang

Kalau menjadi kayu
Jangan menjadi kayu biasa
yg reput, yg rapuh, yg patah
dibuang org merata-rata
Tetapi jadilah kayu jati
kayu yg mantap
mahal nilainya, dihargai org

Kalau menjadi manusia
jgn menjadi manusia biasa-biasa
longgar jiwa
rapuh imannya
sempit mindanya
gelap masa depannya
Tetapi jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya
Kental imannya
Tertib solatnya
Quran juadahnya
Luas pandangannya
Gemilang masa depannya

Perahu sudah di air
Pendayung sudah di tgn
Fikirlah, renunglah
Katakan pada dirimu
Bahawa aku tidak memilih
utk menjadi manusia biasa
Tapi aku memilih
Utk menjadi MANUSIA LUAR BIASA

1 comment: