Pages

Monday, September 20, 2010

Yang Bermain-main Di Fikiran....

Waaa, tak sangka hampir 2 minggu tak mencoret apa-apa di sini. Haha. I missed my blog very much.

Kali terakhir adalah, 6 jam sebelum bertolak pulang ke pangkuan keluarga di Sg Buloh. Coretan terakhir tu, agak emosi. Muahaha.

Sori ye pada kawan-kawan yang membaca. Abaikan sahaja entry itu. Hampir nak delete entry tersebut, tapi saya telah berjanji pada diri sendiri. Blog ini adalah tempat untuk saya luahkan jatuh dan bangun saya, jadinya saya batalkan hasrat untuk menghapuskan entry tersebut.

RAYA 2010 (10 Sept - 16 Sept )
Raya tahun ini sangat-sangat berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya

Beraya tanpa mak,ayah,angah,ahmad & yam disisi kerana mereka jauh diperantauan
Beraya bersama suami yang tersayang
Beraya di rumah mentua pada raya pertama di Sg Besar
Memandu bersama suami ke kampung halaman di Kuala Lipis pada Raya Ketiga
Meneruskan tradisi beraya ke rumah sanak saudara di Mela, Sega, Taman Sri Selasih,etc2 yang dipupuk oleh mak ayah sedari saya kecil (tak sempat nak pegi Kerdau & Telang.Huhu)
Menjadi wakil keluarga Haji Khairuddin di rumah sanak saudara & sampaikan salam mak ayah kepada mereka

Raya...mmg macam2 pengalaman baru. Jadinya perlu satu entry lain untuk ceritakan pengalaman raya tahun 2010...hehe =P

DUIT RAYA
Paling best. Saya masih dapat duit raya. Alhamdulillah. Rezeki masih ada lagi.

Ayah di Saudi tak semena-mena menyuntikkan a very handsome amount of money to my bank. huhu. Thank you daddy. NIe memang duit raya paling banyak along penah dapat

Abah juga memberi duit raya tak semena-mena. Huhu
Tidak lupa juga kepada keluarga belah suami; Bikza & Along (abg ipar)

Mereka menghulurkan sampul duit raya kepada saya dgn alasan, saya masih pelajar. Ouhh, tak kusangka. Ingatkan dah kawennie, memang takde harapan dah. haha. Segan jugak nak menerima kerana sudah terasa diri besar panjang. Tapi orang kata rezeki jangan ditolak.

Terima kasih semua. Semoga kalian dimurahkan rezeki =)

BUKU O&G
Balik ke rumah macam-macam azam yang diletakkan. Nak menghabiskan membaca topik-topik O&G yang terbengkalai pada minggu ke2 raya. Bukan main banyak buku yang dibawa balik. Alih-alih, buku-buku tersebut + Williams Obs tue dibawa kulu kilir&belek-belek sahaja tanpa dapat difahami isinya.

Nak tau kenapa???Beraya sakanlaaa. Ape lagi. haha. Ada sahaja rancangan setiap hari. Sampai keletihan berjalan seharian.

2ND PROFESSIONAL EXAM (14 & 15 Dis 2010)
Waaa, pejam celik pejam celik. Lagi 2 bulan sahaja lagi. Sekejapkan. Tak sangka!!!

Lagi 3 posting yang menanti. Paeds, Ortho & Psy. Fuuhhhhh~

Doakan saya. Semoga kite semua dimudahkan

p/s-Kena kurangkan balik rumah sekarang nie. Huhu

KONVO 9TH BATCH
Tak sabar mahu melihat mereka dgn jubah konvo.
Harap saya boleh join bergambar bersama mereka selepas mereka selesai menerima ijazah.
Harapnya weekend itu saya bisa turun ke GOMBAK =)

They deserves it. This 2 months they trying their very best to serve da ummah.

May Allah always give them the strength

p/s- paling tak tahan, surat konvo pun sampai pada saya. Tahniah Dr Nur Liyana atas bla bla
hahaha. Siap suruh reply jawapan kehadiran. Haissshhhh~ nie memang kena pegi ofis for me to clarify to them my status. If tak buat, takut next year takde nama pulak. Hoho

MELAKA (17 & 18 September 2010)
Berlangsung kenduri kawen belah perempuan kazen pada Encik Suami.
Felda .....ermmm, isk2...tak ingat pulak apa nama tempatnya. Haduiiii~
Meriah but penat!!!

Bertolak seawal 8.30 pagi dari Sg Buloh. Berkumpul Di Kajang (Rumah Paman Amin) dan berkonvoi bersama-sama ke Melaka dengan membawa hantaran.

Akad diadakan selepas solat Asar di masjid di sana
Malamnya diadakan perarakan & menepung tawar
Sabtu pula diadakan majlis resepsi

Tentang ini juga perlu another entry. hehe.

Banyak pengalaman menarik sepanjang menyertai rombongan lelaki keluarga mentua nie. Sebelum ini, mereka semua adalah orang yang menjadi rombongan lelaki ke rumah saya. Tapi pada kali ini, saya menyertai mereka menjadi rombongan lelaki & siap tolong angkat dulang hantaran lagi. Ahaks =P

KUANTAN (19 September)
Arrived at kuantan yesterday at 7pm. Encik Suami menemankan saya drive ke Kuantan. Saya drive separuh bermula dari Temerloh. Sian Encik Suami. 3 hari drive berturut-turut.

ETHICS
Encik Suami berjumpa kawan-kawannya yang bekerja sebagai HO di HTAA
Mereka berkongsi&meluahkan tentang pengalaman kerja mereka to Encik suami
Katanye jadi doktor nie, bukan setakat dgn burden kerja je..tapi tiap2 hari bermain dgn ethics

Paling penting, rawatla setiap pesakit seperti mana kite merawat ahli keluarga kite sendiri
FIkirlah pesakit ini adalah ibu bapa kepada seseorang diluar sana
Jgn sambil lewa @ hanya mengikut ape yang di order oleh MO@specialist & langsung tidak berfikir

Doktor kadang kala boleh melakukan kesilapan & menyebabkan kematian pesakitnya
Jika ini berlaku, ponderlah kembali kesilapan tersebut & stadi kes tersebut kembali & jgn ulanginya

Lengkapkan diri dgn skil memasang line dgn pantas & belajarlah cara2 resus patient & jgn lupe mempelajari cara2 menggunakan de-fibb kerana anda mungkin merupakan da only doktor disitu ketika patient kena heart attack @ collapse.

Mulanya saya xphm apa ethics yang dimaksudkan mereka di atas. Setelah mendengar, dapatla memahaminya sikit-sikit. Tapi saya yakin kawan-kawan saya yang sudah menjadi doktor & membaca entry ini akan lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan oleh kawan-kawan kami ini kan kan =)

WAHID KUN
Alhamdulillah wahid sudah pulih sepenunya.

Im waiting for her to continue her study here.

I will always support her. Tahniah wahid kerana berjaya mengharungi perit & getir dugaan dgn tabah & berani =)

LASTLY.....
Im grateful for what I have. Thank You Allah

No comments:

Post a Comment