Pages

Friday, December 3, 2010

KeLetiHaN~


Hati tenanglah dikau, setenang awan di langit~

Sangat bersyukur setiap hari kerana Allah sangat memudahkan urusan saya. Positiviti yang saya ada sangat-sangat membantu & makin sampai kepenghujung, terbit pula rasa sayang nak tinggalkan lecturer2 & UIA.

Dalam semangat untuk meneruskan saki-baki perjuangan, mula merasakan kepenatan yang mula melanda diri. Sebelum ini ada study group, jadinya bila kita penat, kawan-kawan yang tolong ajar & turn kita mendengar & bergilir-gilir dalam berkongsi ilmu. Tetapi sekarang tidak lagi, semuanya harus diusahakan sendiri & hanya kepada Allah saya memohon pertolongan.

Manusia kudratnya sangat terbatas. Apabila kita menginginkan sesuatu, memang kita menggunakan kudrat kita, tetapi siapa yang membenarkan setiap otot-otot kita ini berfungsi??Siapa yang membenarkan sel-sel otak kita memainkan peranan??Semuanya daripada ALLAH kan~

Jadinya, have fun & teruskan usaha & bergembiralah dengan apa yang kamu ada =)

Sikit-sikit kan lama-lama jadi bukit~ hehe

"Ya Allah~ kau lembutkanlah hati examiner2ku nanti~ "

No comments:

Post a Comment