Pages

Tuesday, August 24, 2010

Sambal Ikan Bilis

Sejak minggu lepas selera makan memang berkurangan. Sahur pun ala kadar. Berbuka pun ala kadar. Menyuarakan apa yang dirasa pada suami & emak mertua di rumah. Setiap hari akan msg tanye mereka berbuka apa & mak masak apa. Selalunya pun sedap-sedap. Huhu. Kadang-kadang apa yang dimasak biasa-biasa sahaja, tapi makan satu meja beramai-ramai yang membuatkan makanan jadi sangat lazat.

Hujung minggu baru nie, giliran suami datang ke kuantan. Seperti biasa, pagi-pagi saya stadi di library JHC dahulu. Kalinie menghabiskan revision sambil membuat nota Venous thromboembolism berdasarkan CPG. Menarik. Banyak tahu benda baru. Ada masa nanti saya share dgn kalian ok. Sedar-sedar sudah pukul 12!!! Ya Allah, tak sangka sudah pukul12. Tak rasa langsung. Punyala khusyuk baca. haha

Suami tibe di terminal tepat jam 12.30. Seperti biasa, book grand city hotel. Sesampai2nya di sana, suami terus mengeluarkan satu bungkusan plastik. Dalamnya berbentuk 4 segi. Sambil mengatakan, ini benda yang dia hutang dengan saya. Aik?? ape plak nie.

Rupa-rupanya satu tupperware kecik dalamnya berisi sambal ikan bilis. Iskkkk~ terharu sangat. Encik suami masak malam sebelum dia bertolak. Memang mata berair dan hampir-hampir nak nangis dek kerana sangat terharu. Semoga Allah mudahkan urusan suamiku seperti mana beliau selalu memudahkan urusanku.

So, sejak daripada itu, menu utama minggu ini nasi berlaukkan ikan bilis. Makanan yang dimasak dengan kasih sayang, memang takkan jemu dimakan. Haha. Harini, hanya membeli nasi goreng untuk dimakan dengan sambal + karipap & air tembikai. Itu pun dah cukup kenyang & menyelerakan. Sesungguhnya banyak pahala bagi mereka yang menyediakan lauk berbuka bagi orang yang berpuasa. Thank You Encik Suami. I always love & miss you dearly =)

p/s - malamnie prepare tuk diskusi bersama junior esok. Kemas beg tuk pulang. Tidak dilupakan buku-buku O&G. Minggu depan mula posting baru. Jadinya kena stadi before hand =)

No comments:

Post a Comment