Pages

Tuesday, August 24, 2010

P.E.L.A.N.G.I


When I wake up every morning. I will always say to myself. This is a new day. What ever you want, you are the one who need to make it happen & Allah will help you along the way. Think this way, if you are hungry & u want to eat. BUT you just stay in the room. Definitely you will starve the whole day. The solution is, get out from the room & buy some food. Hehe.

As usual, before I went to class, its a routine, look at the mirror & smile as much as you can. Look in the eyes and said YOU CAN DO IT!!!! Haha. Macam tak betul kan. But it always work for me!! Yeayyy~ I hate being pessimistic & really hate it when the head full of negativities. For me, if kita mulakan hari dengan negatif, baru rezeki nak sampai, dah terbantut. Haha

Islam itu indah.

Fikir kembali, kenapa pada zaman nabi. Hidup mereka susah, ditekan oleh pihak Quraisy. Tapi mereka masih bersemangat...kenapa??kenapa??Cuba fikir.

Fikirkan juga kisah Nabi Yusuf di dalam Quran. Ditindas, dibuang & ditinggalkan oleh sedara sendiri sampai beliau dijual oleh orang yang menjumpai beliau di dalam perigi. Ada ketikanya beliau difitnah cuba melakukan perkara buruk pada Zulaikha. Tapi beliau tidak pernah putus asa @ membuat sesuatu yang merosakkan kehidupan beliau.

Tidak seperti orang zaman sekarang, mak ayah tak beri perhatian sedikit, ada masalah hidup sikit, terus terlibat dengan masalah sosial. Nauzubillah. Langsung tiada akal & iman yang dapat membimbing. Memang dugaan kadang kala berat. Tapi yakinlah, Allah itu maha mengetahui.

Jawapannya pasti kerana keyakinan pada Allah. Iman yang tinggi. This is from my humble oppinion. Others, might have their own oppinion =)

Sangat bersyukur harinie Allah sangat sangat mudahkan urusan saya.

Pagi-pagi selepas selesai review patient di wad, tengok patient OT. Menemankan junior ke ICU. Patient yang dia mahu present untuk case discussion petang ini telah masuk ke ICU walhal semalam beliau stabil sahaja.

Melihatkan jam masih awal, saya menuju ke wad ortho. Review patient di sana. Tak semena-mena, Mr Shuk baru selesai kelas bersama junior. Semalam seharian saya berpusing mencari Mr Shuk di IMC tapi tak jumpa, punyala takde rezeki. Huhu. Hari ini, beliau terus bertanyakan hal saya. Baik sungguh Mr Shuk. Berkali-kali dia menekankan jangan risau pasal exam hujung tahun ini. Ia pastinya mudah. Sebenarnya, lagi mudah, lagi menakutkan because you are expect to know everything!!! haha.

Selepas, bersoal jawab hal akademik. Saya consult beliau tentang ibu mertua saya dengan masalah lututnya. alhamdulillah, sekarang sudah terang dengan apa yang perlu dibuat & apa option yang ada. Lagi sekali LEGAAA~ hehe

Petangnya saya join kelas tahun 3. Ulangkaji tentang Upper GI Bleeding. Mr Junaini sangat-sangat welcome saya ke kelas beliau. Dia meminta attendance daripada ketua kelas & memanggil nama satu persatu. Kata beliau, cara ni macam zaman sekolah-sekolah amik kedatangan. Haha. Tidak ketinggalan, nama saya turut disebut. Haha. Mr Junaini ada sahaja lawaknya. Laughter is the best medicine.

Untungnya mereka ada sistem case discussion ni. Awal-awal lagi mereka boleh memahami dengan secara mendalam tentang topik ini. Tapi jika yang datang kelas petang ini tidak memberi tumpuan & tidak membaca sebelum kelas. Pastinya mereka akan kekal 'blur'. Dek kerana saya sudah tahun 5, saya nampak ape kesilapan yang kita selalu lakukan pada tahun 3. Insaf~

Seusai kelas, nekad untuk membeli tiket pulang pada esok petang dengan niat untuk menemankan mak ke hospital esok malam. Paling best niat saya bagai sangat-sangat diraikan. Sampai je di depan 7-11, terus ada parking. Alhamdulillah. Saya mahu tahu apa yang doktor akan plan untuk mak & saya tak mahu komplikasi osteoarthritis berlaku pada emak. Semangat untuk pulang ini datang sejurus selepas berdiskusi dengan Mr Shuk. Juga teringat kata-kata Cik Fiza, kalau hati tiba-tiba mendesak untuk pulang, maka pulanglah. Pasti ada sesuatu di rumah nanti.

Kemudian, saya bergerak ke bazar berhampiran. Nak jalan kaki dari depan 7-11 ke bazar. Macam jauhje. Bawakla kete. Cari parking berhampiran. Lagi sekali alhamdulillah, sampai betul2 tepi bazar, satu kereta keluar dari parking. Terus saya masuk di situ. Syukur-syukur sangat. Rasa harini, saya sangat-sangat digembirakan. Hehe. TQ Allah

Menelefon suami & mak, memberitahu sudah membeli tiket untuk pulang esok. Mak sangat-sangat gembira. Rupa-rupanya, semalam mak susah hati. Mak risau jikalau mak tak faham ape option yang doktor akan terangkan padanya esok seperti 3 bulan yang lalu. Bile mendengar saya mahu pulang, Terbang semua kerisauan mak. Mendengarkan ini, saya jadi lagi gembira. Semoga saya dapat membantu mak setakat yang saya mampu sebelum saya terikat dengan tugas pada tahun depan. Huhu.

P/s- Jikalau, apa yang dihajati tidak termakbul. Tak bermakna Allah tak sayang. Pasti Allah mahu berikan yang lebih baik pada kita pada masa hadapan. Jadinya bersabarlah & jangan merungut =)

Pelangi tidakkan mucul jika tiada hujan sebelumnya.....

2 comments:

  1. Cik Yana, ketahuilah bahawa saya selalu membaca coretan dan bebelan Yana cuma kadang-kadang tak sempat nak komen. Terharu saya baca entry ni. Kuasa Allah, jika Dia mudahkan sesuatu itu, maka mudahlah dia. Satu contoh yang sangat mudah untuk saya kongsi. Saya tak pernah pandai set branula zaman student dulu. Selalu gagal. Tapi bila berkerja ni, of course kita di-expect untuk pandai pasang. Kalau susah sangat, dah attempt banyak kali tapi tak berjaya, of course boleh mintak tolong kawan tapi takkan setiap kali pun nak mintak tolong. Diorang pun banyak lagi kerja lain. Setiap kali nak cucuk patient, saya amalkan baca bismillah, selalunya kuat-kuat bagi patient dengar walaupun patient tu bukan Islam. Dan saya selalu berdoa dalam hati kepada Allah untuk mudahkan untuk saya, dan ketahuilah Allah bahawa saya tak berniat langsung untuk menyakitkan pesakit saya i.e. kena cucuk banyak kali. Patient obs selalunya vein engorged so agak mudah, tapi dah a few times jugak saya encounter patient yang vein kecik. Alhamdulillah, Allah tak pernah menghampakan saya. Sepanjang hampir sebulan saya disini, seingat saya cuma sekali je saya tak dapat set branula. Tu pun masa emergency kat labour room, patient dah fully tapi poor maternal effort. MO masa tu cakap kat saya "kau buat apa zaman student dik, set branula pun tak boleh". Tapi lepas saya gagal 2 orang kawan saya yang take over pun tak berjaya. Sesungguhnya memang susah nak cari vein patient tu. Dan MO tu, biarlah dia. Dan sesungguhnya Allah tak pernah melupakan hambanya, cuma kita yang selalu melupakannya.................

    ReplyDelete
  2. btul2..niat yg betul selalunya Allah akan bantu.. cuma kita yakin pada Allah atau tidak...

    a'ah, abaikanjela MO itu. xyah penin2 pasal dia..hehe

    yup, 200% agree wit u
    --> Allah tak pernah melupakan hambanya, cuma kita yang selalu melupakannya

    take care ck fiza~

    ReplyDelete