Pages

Thursday, October 7, 2010

LapTopKu

Semalam tatkala mahu meng 'update' blog, terjadi satu perkara yang tak diduga.
Laptop rosak. Isk~
Ia mengeluarkan skrin biru yang memberi arahan itu & ini.
Tergamam seketika melihat skrin tersebut sambil berusaha memahami isi tulisan yang dipapar.
Ternyata setelah berusaha membetulkannya dengan bantuan En suami via handphone, ia tidak juga berhasil. Memang bukan tangan engineer. Haha
Kebetulan selepas itu, abah message menyuruh saya online & saya nyatakan pada abah tentang laptop yang meragam. Abah dengan pantas menyatakan "balik rumah minggunie, abah boleh baiki." Gembira seketika.
Tapi kegembiraan terus lenyap mengingatkan sudah berniat untuk mengikuti kelas Dr Siti Noor hujung minggu ini & sudah berjanji pada diri untuk sambung mengulangkaji memandangkan peperiksaan pro sudah begitu hampir. Aduss~
Nampaknya terpaksalah saya berpuasa menggunakan laptop buat seminggu lebih ini. Hanya berpeluang menggunakan internet di library pada siang hari.
Jadi pastinya, akan tergendala seketika aktiviti 'blogging'. Banyak yang mahu dikongsi terutamanya tentang apa yang dipelajari bersama Dr Zain. tapi apakan daya....
Okey, terpaksa pergi kerana library sudah mahu tutup...
p/s- semoga dapat curi masa esok untuk menulis sesuatu di sini =)

1 comment: